Hotel ni mmg kat kawasan kampung, area Paka. Kami pilih villa hotel, besar jgkla bilik tu ada dalam 20x20 kaki luasnya. Ada walking closet lagi. Rate semalam RM208.00 termasuk breakfast dan breakfast dia boleh tahan jgkla. Di Paka takde tempat menarik utk dilawati cuma hari Jumaat MR Hubby ajak pergi ke Mesra Mall satu2nya shopping complex yg ada kat Kerteh. Tak silap Watee complex ni Petronas punya. Tak besar sangat. Tapi bolehla buat orang2 minyak kat sana tu berjalan cuci mata cuci poket. Petang jumaat tu jgk kami ke Kemaman dan apalagi otak2 dan satarla... sedapnyeeee... otak2 suka jgk makan tapi xdela segila nak makan satar.. watee lebih suka satar lagi.. mmg best!!
Oh ye.. mula2 kami bercadang nak stay di Awana Kijal.. pernah bermalam di sana masa honeymoon dulu. Tapi fully booking.. xpatla bawak anak2 pergi merasa tidur di Awana. Kalaula dapat, nmpk gayanya raya cina betulla. Hotel tu kan best!!! mmg tringin skali nak bwk anak2 ke sana. Dgn bilik yg tiptop mewah, makan pun sedap dan pool xyah citala best!!! mcm2 facilities ada.. tapi untung jgk dapat Residence Inn ni pasal nak compare bilik dgn Awana.. Resindence menang lagila.. Awana tu dah la mahal tapi bilik suntuk boleh berlaga punggung pulak.. klu nak ambik bilik besar harga dia tentula rabak poket.... hik... ayat sedap hati!!!








