Wednesday, December 30, 2009

Melaka River Cruise











Hujung minggu lepas family Watee dari KL datang melawat Melaka. Disebabkan hampir kesemua tempat kat Melaka ni dah kami kunjungi, jadi kami bawakla derang semua bersiar2 naik bot sepanjang Sungai Melaka ni. Relax dan enjoy. Cantik pemandangan sekeliling.. Tike yg dikenakan dewasa RM10 dan kanak2 RM5. Ok la sesuai untuk aktiviti relaxkan minda

Friday, December 25, 2009

Segamat-Bukit Kepong













Kami pergi Segamat bulan lepas. Mr hubby kena kerja hujung minggu jadi kami pun joint jgkla. Xde apa yang menarik kat Segamat ni pun. Hotel yang kami duduk ni la yang paling baru dan kira ok selesa untuk stay. Bersebelahan dengan beberapa pasaraya dan mudah untuk cari makan. Golden Lake Hotel, kami ambil family room RM168 per night yang ada 2 katil queen dan luas. Kami ada kat Segamat 3H/2M. Disebabkan xde tempat yang menarik Mr Hubby bawak kami pergi Bukit Kepong yang jauhnya 1/2 jam perjalanan dari bandar Segamat. Watee pun tak pernah pergi Bukit Kepong ni, jadi dah alang2 ada kat Segamat ok jgk bawak anak pergi melawat tempat bersejarah. Jenuh jugakla nak menerangkan pasal sejarah tempat tu kat derang

Thursday, December 24, 2009

Bukit Tinggi





Agenda cuti hujung tahun, bawak anak2 ke Bukit Tinggi. Xde apa yang menarik di sana, cuma kelainan reka bentuk bangunan ala Eropah di Colmar Tropicale dan Japanese Village. Konvoi 3 buah kereta termasuk kaklong dan baby sefamily, mak abah dan our special guess dari Sungai Petani, Mak Lang Suria dan Yong. Cuaca kat Bukit Tinggi ni xdela sejuk sangat walaupun hujan gerimis sepanjang masa kami di situ. Tapi keindahan tempat tu membuatkan kami tak henti2 snap kamera untuk acara bergambar. Dari KL ke Bukit Tinggi ni cuma 45 minit perjalanan dan bayaran yang dikenakan untuk masuk ke taman ni dewasa RM10 dan kanak2 RM8. Destinasi pertama yang kami kunjungi ialah Japenese Village. Kereta kami parking kat satu kawasan lebih kurang jarak 1/2 km dari taman dan shuttle disediakan untuk kemudahan ke taman tu. Kalau nak berjalan boleh je pada sesiapa yg mampu tapi disebabkan bukit curam dan perlu untuk mendaki jadi kami ambil keputusan untuk naik shuttle je la. Lagipun hujan masa tu (alasan). Destinasi ke2 kami ke Colmar Tropicale, taman ala eropah. Cantik betul, pun kami berjalan2 sambil ambil gambar je. Tak makan pun kat situ walau banyak kedai makan disediakan dan tengok gaya pun harga kedai makan kat sini boleh tahan cekik darah. So lupakan sajala.. hajat pun nak jalan2 je kan. Tengahari pukul 12, kami bergerak pulang ke Puchong.

Putrajaya









Sewaktu berkunjung ke rumah sedara mara yang ada di Putrajaya, kami sempat bawak anak2 eronda melihat kawasan Putrajaya ni, yela dapat jugak kids tengok keindahan dan keunikan bangunan dan jambatan yang ada kat situ.