Saturday, February 20, 2010





























Cuti2 ke East Coast... wah bukan main lagikan.. sebenarnya cuti kali ni kebetulan jatuh pada cuti panjang Tahun Baru China dan Mr Hubby kena bekerja masa tu, jadi kami pun ambil kesempatan ikut sekalila. Berkampung di Residence Inn selama 6H/5M.. xdela membosankan sangat. Pagi lepas breakfast kami terus terjun pool, dlm pukul 11 kerah semua naik ke bilik.. dlm pukul 2 derang terjun balik ke pool, petang pukul 4 main pasir pulak. Dah tukar colour anak2 Watee dah... kelabu je.. hehehe... tak kisahla janji derang happy. Xdela bosan sgt memerap dlm bilik. Ada jgk lepas derang jejalan sekitar hotel tu.. adalah jgk pondok untuk lepak2 dan ada dam dan buaian tepi pantai tu. Mandi laut memang tak boleh masa tu. punyala bergelora laut.. gerun tengoknya. Kami cuma main pasir je.
Hotel ni mmg kat kawasan kampung, area Paka. Kami pilih villa hotel, besar jgkla bilik tu ada dalam 20x20 kaki luasnya. Ada walking closet lagi. Rate semalam RM208.00 termasuk breakfast dan breakfast dia boleh tahan jgkla. Di Paka takde tempat menarik utk dilawati cuma hari Jumaat MR Hubby ajak pergi ke Mesra Mall satu2nya shopping complex yg ada kat Kerteh. Tak silap Watee complex ni Petronas punya. Tak besar sangat. Tapi bolehla buat orang2 minyak kat sana tu berjalan cuci mata cuci poket. Petang jumaat tu jgk kami ke Kemaman dan apalagi otak2 dan satarla... sedapnyeeee... otak2 suka jgk makan tapi xdela segila nak makan satar.. watee lebih suka satar lagi.. mmg best!!
Oh ye.. mula2 kami bercadang nak stay di Awana Kijal.. pernah bermalam di sana masa honeymoon dulu. Tapi fully booking.. xpatla bawak anak2 pergi merasa tidur di Awana. Kalaula dapat, nmpk gayanya raya cina betulla. Hotel tu kan best!!! mmg tringin skali nak bwk anak2 ke sana. Dgn bilik yg tiptop mewah, makan pun sedap dan pool xyah citala best!!! mcm2 facilities ada.. tapi untung jgk dapat Residence Inn ni pasal nak compare bilik dgn Awana.. Resindence menang lagila.. Awana tu dah la mahal tapi bilik suntuk boleh berlaga punggung pulak.. klu nak ambik bilik besar harga dia tentula rabak poket.... hik... ayat sedap hati!!!














Lama jgk tak pergi zoo ni. Kali ni kmi melawat dgn ipar duai. kira mcm rombonganla. Seronok jgk bwak anak2 pergi. Tgk keletah drg tgk binatang pun dah seronok. Tu blum tanya itu ini lgi. Tiket sponsored by kakak ipar sulung, Kak Ros. Seronok dan ejoy. Tiket masuk ke zoo skrg ni dewasa with my card RM20 dan kanak2 RM8. Tak byk beza zoo dulu dan skrg.. sama saja.


Cosmo's World - Berjaya Time Square
















Sabtu, 13/2/2010. My lovely cousins datang lagi bertandang melawat mak abah Watee di KL. Ambil kesempatan tu kami bersama lgi bergembira bawa anak2 ke Cosmo's World. Kaklong, Adam, Yong, Lisa, Watee, Irfan dan Ikhwan saja. Tiket utk dewasa with my Card RM38.00 dan kanak2 RM28.00. Enjoy jgkla walau Watee tak naik pun ride yg ganas2 tu. Pernah Watee pergi sekai dulu naik roller coaster yg tinggi tu.. hehehe berjaya jgk walaupun Watee ni mmg jenis penakut yg amat nak naik benda2 yg PELIK2 ni... gayat!!! Yang happy hari tu of coz anak2 Wateela.. bumper car je ulang naik spi 6 kali. Naik mengantuk Watee mnunggu derang main...